Salam Aidilfitri....


BERSEMPENA dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri Harian Mega ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seantero dunia dengan ucapan Mohon diampunkan jika ada silap dan salah jari sepuluh HM susunkan sekiranya dahulu ada silap dan salah.

Apa yang istimewa pada Hari Raya Aidilfitri pada kali ini ialah Pada hari raya kedua Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaanya. Tema sambutan hari kemerdekaan pada kali ini ialah Transformasi berjaya, rakyat sejahtera.

Alhamdulillah dalam dalam tahun ni kita dapat menyambut dua hari kemenangan boleh dikatakan serentak walaupun berbeza satu hari. Raya kan sebulan....eh macam pernah dengar je dialog ni. Pendek kata raya tahun ni kita raya merdekalah.

Pertama kali dalam sejarah kita sambut raya merdeka ni, Harian Mega ingin ucapkan kepada rakyat Malaysia di luar sana agar sama-samalah kita berusaha untuk memastikan transformasi-transformasi yang cuba dilakukan oleh kerajaan akan berjaya hendaknya.

Previous
Next Post »

Ngepeng