Adakah Piala Malaysia Milik Turtle Warrior atau Rusa?

KEHANGATAN Piala Malaysia semakin hangat terasa apabila bahang Piala yang berprestij di Malaysia itu semakin hampir. Kali ini Gergasi dari Pantai Timur yang lebih dikenali dengan nama Skuad Turtle Warrior atau lebih tepat lagi kita panggil ianya skuad Terengganu dan salah satu lagi skuad yang tidak asing lagi namanya dengan pentas akhir Piala Malaysia iaitu Skuad Rusa atau lebih dikenali dengan nama Skuad Nogori atau Negeri Sembilan. 

Mungkin ramai yang ternanti-nanti, sorakkan mana yang lebih bertenaga hingga ke hujung perlawanan sama ada laungan "Peteh Teganung Peteh" mahupun laungan "Hobin Jang Hobin" yang akan menguasai suasana di Stadium Shah Alam tersebut. Harian Mega sendiri pun tak sabar nak melihat pasukan manakah yang bakal menjulang Piala Malaysia untuk edisi pada kali ini.

Skuad Turtle Warrior sememangnya ada kekuatanya yang tersendiri, ditambah pula pengalaman Skuad Turtle Warrior menumpaskan Selangor di stadium yang sama dalam perlawanan Separuh Akhir yang lalu. Adakah skuad Turtle Warrior akan mengulangi apa yang mereka tonjolkan di Shah Alam baru-baru ini? sama-samalah kita nantikan keputusanya.

Disamping itu, kemampuan Skuad Hobin Jang Hobin juga tidak boleh dipandang remeh, ditambah pula pengalaman mereka beraksi di gelanggang akhir Piala Malaysia. Mungkin ini sedikit menyukarkan skuad Turtle Warrior untuk menjulang Piala Malaysia. Walaubagaimanapun oleh kerana bola itu bulat macam-macam perkara mustahil boleh terjadi. 

Harian Mega percaya rata-rata peminat bola sepak telah pun membuat ramalanya dengan sendiri berhubung pasukan mana yang bakal menjulang Piala Malaysia, masing-masing sudah tentu ada alasan sendiri dengan ramalan-ramalan yang telah dibuat.

Begitu juga dengan Harian Mega, Harian Mega meramalkan kemungkinan besar Skuad Turtle Warrior akan menjulang Piala Malaysia untuk edisi kali ini. Kalau ditanya kenapa, sudah tentu ada sebabnya tak perlu lah ia diulas dengan panjang lebar kerana masing-masing ada kelebihanya yang tersendiri. 

Namun begitu, jalan terbaik ialah kita tunggu dan lihat sahaja keputusan perlawanan akhir tersebut. Di situlah kita akan mendapat keputusan yang muktamad, mungkin juga ramalan kita tepat dan mungkin juga ramalan kita sebaliknya.
Previous
Next Post »

Ngepeng