Bapa Tiri Liwat Dua Anak Tiri

MERSING (Harian Mega) - Polis menahan seorang lelaki yang di dakwa meliwat dua orang anak tirinya
yang berumur 7 tahun dan 11 tahun.

Setelah laporan diterima 12 Julai lalu, tangkapan telah dibuat menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Supritendan Cyril Edward Nuing.

"Setelah disiasat oleh pihak kami kedua-dua mangsa mengaku mereka diliwat "

"Mangsa yang berumur 11 tahun ingat yang beliau diliwat sebanyak tiga kali dan mangsa yang berumur 7 tahun pula mengatakan bapa tirinya itu memasukkan jari ke dalam duburnya sebanyak satu kali walaupun kedua-dua mereka masih kecil dan tidak dapat ingat dengan jelas".

Suspek yang berumur 24 tahun itu berkahwin dengan ibu mangsa April tahun lalu, turut difahamkan yang mangsa merupakan pekerja di sebuah kolam udang sebagai Penjaga Kolam Udang. 

"Sejak ibu mangsa berkahwin dengan suspek perkara ini berlaku"

"Laporan telah dibuat menerusi talian nur kepada pihak kebajikan dan pihak kebajikan telah bertindak membuat laporan polis" menurut kata Ketua Polis Daerah Mersing itu lagi.

Suspek bakal dituduh di Mahkamah Seksyen Kota Tinggi Ahad ini di bawah seksyen 377C kanun keseksaan kerana meliwat jika disabitkan kesalahan hukuman yang bakal dikenakan ialah boleh dikenakan sebatan, penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun.
Previous
Next Post »

Ngepeng