Ibu Meninggal Dunia Di Sisi Anak Kecil

KULAI (Harian Mega) - Selasa lalu seorang ibu yang merupakan seorang guru meninggal dunia di rumahnya di Taman Puteri, di sini berada di sisi dua anak kecilnya sebelum suaminya menemui jasadnya yang terbujur kaku yang baru pulang bekerja dalam pukul 8.30 malam.

Seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah atau nama sebenarnya Siti Rohana Redzuan, 36 ditemui dalam keadaan kaku di atas katil bersama dua orang anaknya yang berumur 19 bulan dan kira-kira 1 bulan. Difahamkan suami Rohana yang berumur 35 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori pergi bekerja pada hari yang sama lebih kurang pada pukul 6.30 pagi semasa isterinya sedang nyenyak tidur.

Kejadian itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Razak Md Said.

"Isterinya dalam tempoh bercuti selama lebih sebulan selepas melahirkan anak kedua mereka menurut suaminya, Mangsa didapati berada di atas katil dalam keadaan kaku apabila suaminya sampai di rumah. Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kulai yang juga hadir ke lokasi kejadian"

"Semasa kejadian, kedua-dua anaknya berada di sebelah kiri dan kanan mangsa dalam keadaan terjaga

Bagi tujuan untuk pengesahan punca kematian mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kulai.

Pada 10 pagi hari ini bedah siasat telah dijalankan dan kematianya disahkan berpunca daripada penyakit paru-paru berair dan juga masalah jantung. " Menurut Kata Supritendan Razak lagi.

Penjelasan lanjut dari keluarga mangsa cuba didapatkan oleh Harian Mega walaubagaimanapun mereka enggan mengulas lanjut berhubung kejadian ini. Kisah kematian guru wanita ini sebelum ini sudah tular di media sosial. 
Previous
Next Post »

Ngepeng