Pembangkang Diselar Dakwa Speaker Dewan Rakyat Tolak Soalan 1MDB

KUALA LUMPUR (Harian Mega) - Dakwaan pembangkang kononnya semua soalan berkait 1MDB ditolak pada sesi Dewan Rakyat hari ini disangkal oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia

Tindakan pembangkang yang telah mempolitikkan isu 1MDB telah menjejaskan imej beliau sebagai Spekaer Dewan Rakyat menurut Pandikar Amin.

"Jangan libat dewan rakyat dan saya(Pandikar Amin)  dalam isu ini. Jangan jadikan dewan rakyat seperti pasar, kita bukan jual sayur, jual ikan atau ayam atau pasar lelong kita ada "peraturan". Kalau nak politikkan isu ini bolehlah buat di luar" kata Pandikar Amin pada satu sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.



19 Soalan mengenai 1MDB telah diterima dan dimasukkan ke dalam aturan urusan mesyuarat dengan empat daripadanya dikemukan dalam aturan itu di hari pertama persidangan menurut kata PandikarAmin.

Menurut Pandikar Amin , isu 1MDB tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 36(2) kerana sedang dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Mengikut Peraturan Mesyuarat 36(2), tidak boleh disebutkan apa-apa perkara dalam pertimbangan mahkamah sekiranya dalam pertimbangan pengerusi akan merosakkan kepentingan pihak yang didakwa dan pihak yang mendakwa," katanya.

Pandikar Amin berkata pihaknya menerima lebih 1,000 soalan dalam tempoh dua minggu sebelum persidangan Dewan Rakyat berlangsung dan setiap soalan itu ditapis supaya mematuhi Peraturan Mesyuarat.

Katanya kebanyakan soalan yang ditolak adalah kerana melanggar Peraturan Mesyuarat 23 (c) yang mana di bawah peraturan itu setiap pertanyaan tidak boleh mengandungi apa-apa hujah, sangkaan, fikiran, tohmahan, keji atau mengandungi kalimah-kalimah mengelirukan, menyindir atau menyakitkan hati atau apa-apa perkara dangkal atau mengandungi perkara-perkara remeh.

"10 hari sebelum persidangan, ahli-ahli yang berhormat diberi tempoh untuk menghantar soalan dan sebelum mereka mengeluarkan soalan, mereka perlu baca dahulu adakah soalan mereka menepati peraturan," katanya.
Previous
Next Post »

Ngepeng